Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

21.7.11

UiTM Kampus Puncak Alam

Ini adalah permandangan di awal pagi di UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor. Ini diantara gambar yang saya sempat ambik sementara menunggu bas. Time ni student semua dah cuti, saya jer datang kerja. Huhu. Pa2 pun jom kita cuci mata kejap.


Gambar kat belakang tu ialah jejantas menuju ker PSB. Jejantas yang memudahkan pelajar untuk melintas jalan yang besar & sibuk di waktu pagi dan tengah hari serta time habis kerja.

Ini ialah Bangunan Plaza Satelit B @ ringkasan student panggil kat sini adalah PSB. Kat sini lah tempat makan, library dan juga kedai untuk fotostit serta seumpanya. Bukan itu jer, Bilik MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), Pejabat CITU dan Pejabat Kaunseling juga ada di sini. Latest, di sini akan ada tempat jual ubat @ farmasi.

Yang sayup-sayup tinggi bumbung warna merah adalah kolej @ tempat kediaman pelajar. Benda yang terletak kat lereng bukit itu adalah Tangga Batu Caves (nama yang student bagi). Ini disebabkan tangga ini terlalu tinggi sehingga membuatkan manusia semput & sakit kaki bila kali pertama naik @ kali-kali yang seterusnya. Hehehe... Tapi jangan risau, di atas tangga ni terdapat beberapa perhentian yang boleh pelajar berhenti untuk menghilangkan penat serta menghirup udara segar, nak jamu mata pun boleh.


Walaupun UiTM Puncak Alam ini di bangunkan di atas bukit, tapi UiTM masih cuba untuk mengekalkan kehijauan semulajadi yang terdapat di sini. Dalam masa yang sama, pokok-pokok ini dapat menjadi benteng ketika hujan.

Ini adalah kolam ikan yang terdapat di UiTM. Dalam ini terdapat banyak ikan air tawar yang besar-besar tapi pelajar mahupun sesiapa pun tidak dibenarkan untuk memancing @ menangkap ikan di sini.

Kolam ini dipanggil Kolam Basah sebab dia ada air. UiTM juga ada kolam kering iaitu kolam yang tiada air.

p/s: Kalau da pelajar baru nak masuk, boleh jer nak tanya pa2 disini. :-)

0 Yang Rajin Menaip:

Post a Comment