Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

31.7.11

Sinopsis Pelangi Hidupku...

Insan bernama lelaki ini hadir dalam hidup Syahidah hanya melalui rakan & telefon mudah alih.

Benarkah cinta & sayang Norman pada Syahidah benar-benar wujud dalam dunia begini?

Benarkah Norman lelaki yang jujur & ikhlas buat Syahidah?

Pelangi Hidupku membawa cerita hidup mereka.

30.7.11

Nak Makan Apa?



Kawan saya tanya, kita nak makan apa yer nanti?

Saya cakap, makan je la apa yang ada.

Dia cakap nak masak nasi.

Saya cakap, ikut la apa-apa pun xper.

Dia cakap, malas nak masak.

Saya cakap xkisah la.

Dia cakap xnak bangun makan.

Saya cakap, xelok kalau tak bangun.

Dia cakap, dia selalu malas nak bangun.

Saya cakap, jangan menagis lapar sudah la.

Well, ini semua pasal nak bangun sahur esok pagi. HEHEHE...



p/s: Selamat Berpuasa untuk semua, semoga kita berjaya harungi dugaan dengan sempurna. Jangan ingat makan jer. :-)

Ketika Bosan

Seharian di rumah selapas habis melakukan kerja seharian, memang bosan. Lepas makan rendang 'mak angkat' bagi terus mencari handphone & main game. Game menjadi pilihan adalah MILLIONARE CITY. Game ni baru download time makan dekat kedai. Balik umah, terus mulakan operasi. HEHEHE...



Seharian main ada la sikit aset tu, lebih kurang macam ni la.

  • cash : 9,850
  • Fortune Points : 30,000
  • Buildings : 2,460,000
  • Terrains : 591,000
  • Total Value : 3,090,850
kalau real macam ni, memang dah boleh jadi jutawan muda saya. Apa-apa pun hanya sekadar mengisi masa lapang.

Hati: Nak download game apa lagi yer? :-)

29.7.11

Soalan & Jawapan...

Soalan:

Kenapa kerja tak pernah habis?

Kenapa kerja orang kita kena buat?

Kenapa kerja selalu datang time kita tak nak dia?

Dan kenapa saya yang kena buat kerja?




Jawapannya:

Sebab kerja sentiasa datang bila-bila jer dia suka.

Sebab kau kerja jadi orang bawah, so memang la kerja orang kau kena buat.

Sebab kerja bukan boleh cakap bila dia nak datang kat kau.

Sebab itu dah memang kerja kau.

Amacam kalau korang semua jawab macam ni kat bos, rasa-rasa da tak dia nak pecat kau. HEHEHE...

p/s: Ini hanyalah gurauan semata-mata. Luahan perasaan untuk orang yang kena kerja hari Ahad. :-)

28.7.11

Batu Bata

Entah kenapa, hari ni saya tertarik nak kongsi dengan semua mengenai Batu Bata. Bata yang saya nak kongsi ni bukan bata biasa. Bagi orang macam saya yang kerja duk kat office jer, mungkin pelik sikit. Tapi bagi student yang duk reka-reka bangunan macam ID, Arkitek mahupun AD mungkin tahu bata ni. Bata yang boleh dipotong menggunakan gergaji. Jom kita saksikan adegan yang saya sempat rakamkan untuk semua.


Susunan bata ini seperti bata biasa tetapi saiznya lebih besar dari bata biasa. Beratnya juga lebih ringan seperti span.

Pekerja sedang memotong bata tadi menggunakan gergaji.

Memahat bata menggunakan pahat serta tukul bagi membuat lubang.

Bata ini juga memerlukan simen untuk dicamtumkan bersama-sama bata yang lain.


Proses selesai. Tempat ini bakal dijadikan bilik dengan menggunakan bata yang boleh di gergaji. HEHEHE. Bos saya cakap, bata ni namanya CONCRETE LIGHT WEIGHT.

p/s: Besar jangan disangka berat, kecik jangan di sangka ringan. :-)

UiTM Kampus Puncak Alam 2


Assalamualaikum semua..

Hari ni entry saya lambat sikit dari biasa. Awal-awal pagi dah kena pergi melawat site, jadi tak dapat nak post. Tapi saya da bawa buah tangan untuk semua. Gambar kat bawah ni adalah gambar terkini UiTM Kampus Puncak Alam. Hanya untuk tatapan semua walaupun tak la berapa nak terer ambik gambar ni. Jom layan...

Ini gambar bangunan bersebelahan dengan bangunan yang saya melawat tapak pagi tadi. Tinggi kan? so, jangan da niat langsung nak terjun kat bawah tu yer.

Ni plak antara lanskap yang da kat UiTM ni. Bagi saya sangat simple, tapi cantik untuk dijadikan tatapan mata. Jangan pergi buat tarian hindustan sudah. HEHEHE...

Bangunan ini berbentuk bulat dan dipanggil Kolej Rafflesia. Kat dalam ni ada tempat makan, pejabat kolej, gimnasium, dewan serbaguna, surau, tandas, unit keselamatan serta kedai serbaneka.

Yang ini pulak adalah Kolam Basah 7, bagi saya kolam ini adalah yang tercantik di antara kolam-kolam lain kat UiTM ni. Tengok betul-betul, air dia warna hijau tau.

Ini pulak gambar parking tuk staf. Nak masuk kawasan ni perlukan ID pensyarah serta staf. ID student tak valid kat sini yer. So, jangan cuba-cuba nak masuk, takut malu jer.

Gambar dulu, jejantas ni tak berapa nak jelas sangat. Jadi saya jelaskan dengan mengambil pandangan atas dari tingkat 8 bangunan.

Tangga Batu Caves yang mempunyai hampir 300 anak tangga dari pandangan depan.

Bangunan FSK 6 ini menempatkan pelajar dari Fakulti Sains Kesihatan. Setakat yang saya tahu hingga hari ini, bangunan ini juga menempatkan pelajar Fakulti Hotel & Pelancongan. Pensyarah Bahasa serta CITU juga ada di bangunan ini.

Yang kotak warna unggu tu adalah perpustakaan. Ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Perpustakaan sebenar nanti lebih besar serta bertingkat dan berbentuk bulat. Tunggu lah kehadiran perpustakaan baru nanti.

Kebanyakan bangunan di UiTM masih tidak kekal, maksudnya akan berpindah ke suatu tempat lain kelak. Ini kerana, pembangunan di UiTM masih di peringkat awal. Kalau dah siap semua akan menjadi lebih besar serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti Hospital, Masjid, Perpustakaan, Bangunan Fakulti serta Bangunan Kemudahan Pelajar.

p/s: Best dapat duk kat sini, tenang, sejuk & nyaman. :-)

Aku Keliru...

Haa, nak tau ni pasal apa pulak. Ini semua pasal Kakak Yahoo & Pak Cik Bing la. Selepas seronok tengok nama blog saya dalam Abang Google, tapi dekat Kakak Yahoo & Pak Cik Bing masih tidak wujud namanya. Tidak mengapa, kita masih boleh mencuba.

Ini yang Kakak Yahoo cakap kat saya. HUHUHU...

Ini pulak Pak Cik Bing langsung tak kenal saya. HUHUHU...


Hati: Sabar-sabar, ujian pasti ada. :-)

Aku Bahagia...

Hari ini saya rasa seronok sangat, Alhamdulillah. Rasa seperti rezeki datang bergolek-golek jer kat kaki ni. Saya sebagai pendatang baru dalam dunia blog ini iaitu pada 14 Julai 2011.Walaupun tarikh saya mula daftar blog ni Oktober 2010, tapi saya langsung tak ambik peduli. Hanya daftar saja & tidak tahu ilmu blogging. Saya mula aktif dan mempunyai entry pertama pada bulan Julai 2011.

Orang selalu cakap, kalau nak tahu pasal apa-apa pun, kita search jer, mesti Abang Googlebagi jawapan. Tapi, sejak entry first saya kat blog, langsung tak da nama blog saya dalam google. Sedih pun ada jugak. HUHUHU...

Tapi Alhamdulillah, semua dah terubat hari ini apabila saya taib jer nama depan blog saya dan saya dapati ini terjadi.


Blog saya berada di kedudukan No.4 carta Abang Google pada tarikh 28 Julai 2011.

Terima Kasih untuk semua, kawan saya yang banyak bagi tunjuk ajar serta ahli-ahli blog yang lain, yang banyak memberi entry-entry yang sesuai semasa saya blog walking.

Hati: Nak usaha lebih lagi, nak jadi macam yuyu zulaikha & cik epal. :-)

Mamee Monster


Akhir-akhir ni, gemar betul saya makan Encik Monster ni. Dah macam teman sejati pulak, hari-hari beli. Akhirnya saya berjaya untuk kumpul mainannya. Dah boleh jadi hobi baru ni. Sambil makan dapat kumpul mainan free. HEHEHE...

Perisa Pilihan, BBQ.

Mainan Percuma. Dah banyak ni saya kumpul, satu bungkus da 2 keping. Cuba kira dah berapa banyak saya makan?


p/s: Buat insan yang baik menjaga saya, saya tak makan pun perencah dia tau, saya makan keropok jer. Jangan marah yer. :-)








27.7.11

Wednesday...!!!


Hati: Homesick!!!

Akan Datang...


Pelangi Hidupku
"Keluasan Lautan, Keceriaan Pelangi,
Bukti Kasih & Sayang Dimeterai"

p/s:Jangan lupa, tunggukan kemunculannya. :-)

Wednesday 4...!!!


Cinta & Sayangku buatnya selamanya...!!!


p/s: Sayangilah ibumu lebih dari segalanya. :-)

Wednesday 3...!!!


Saya Sayang Semua!!!

p/s: Ucapkan sayang anda selalu, supaya mereka tahu. :-)

Wednesday 2...!!!



p/s: Jadikan hari-hari anda indah, seindah mentari pagi. :-)

24.7.11

Selamat Pagi...

Selamat Pagi semua. Hari ni hari Isnin @ hari orang malas sikit antara nak bangun pagi, pergi kerja @ pergi kelas. Lepas dah cuti 2 hari, badan pun jadi sedap jer nak sambung tidur. Apa kata kita mulakan hari ini dengan Bismillah dan seterusnya:

Gosok gigi supaya hilang bakteria yang semalaman membiak di dalam mulut kita. Dan jangan lupa buat pemeriksaan gigi 6 bulan sekali. Jangan jadi macam saya, 2 tahun sekali. Dah jumpa dengan Doktor, kena marah. HEHEHE...

Lepas tu, mandi. Mandi bagi wangi-wangi dan gunakan sabun yang bersesuaian, jangan mandi janji basah jer, kuman masih tertinggal di badan. Takut nanti macam-macam penyakit pulak yang datang.

Seterusnya, senyumlah selalu. Bila di pagi hari kita senyum, insyaallah sepanjang hari itu akan menjadi hari yang baik dan indah.

Kalau nak senyum macam ni pun ok jugak, tapi jangan selalu takut orang cakap lain pulak. Tak pasal-pasal orang tu buat dosa kering pagi-pagi ni. Apa-apa pun jangan sedih-sedih, hari semalam adalah sejarah dan hari ini adalah penentu untuk hari esok. So, CAYOK! CAYOK!

Hati: kalau dapat sarapan roti canai best ni. :-)

Balik Kampung




"Mak, n nak balik awal ramadhan la, rindu kat umah."

"Pulak, ari tu cakap nak balik lambat. Kalau balik sbb rindu umah, umah tak lari pun."

"Ala, rindu kat mak ler, rindu kat umah buat pa."

"ikut la, balik awal pun xper."

YES! Mak saya dah bagi green light tuk balik kampung awal. Dulu saya yang tak nak balik awal, konon nak cari duit lebih. Sekarang kan dah HOMESICK, padan muka saya. Tak sabar nak balik kampung. Baru tadi tempah tiket flight, aduh rindu betul kat umah (ops!rindu kat mak saya).


Ini la flight saya naik nanti, janji murah, cepat & selamat sampai.

Bukan Selamat Datang la tapi Selamat Pulang. HEHEHE...

p/s: Datang LANGKAWI jangan lupa shopping coklat banyak2. :-)

23.7.11

Bos Datang Lagi...

Selepas pagi yang indah saya bertemu janji dengan seorang Puan Fail, di petang harinya pula saya bertemu dengan kawan-kawan Puan Fail pulak. Puan Fail bawa kawan & sedara dia nama Encik Fail, Cik Fail dan Nenek Fail. Semua memerlukan bantuan saya dalam meneruskan kehidupan seharian mereka (bunyi dah macam pakar motivasi la pulak).

Ini la kawan & sedara Puan Fail;Encik Fail, Cik Fail dan Nenek Fail. Yang terkeluar kat luar tu tak da fail, so saya bagi nama Budak Tak Malu sebab dia tak pakai baju.

Setelah sekian lama memberi motivasi kepada kumpulan-kumpulan Fail tadi, saya pun mengalami hidrasi sebab banyak guna tenaga untuk membuatkan kumpulan Fail tadi senang hati, jadi saya pun ambik la kawan saya di dalam peti sejuk office. Abang 100 Plus, nasib ada dia.

Terima kasih Abang 100 Plus, jasamu di kenang.

Dalam kesibukan melayan karenah kumpulan Fail tadi, tiba-tiba bos saya panggil.

"n, jadi driver saya yer, saya nak gi ari sukan nie"

"boleh je cik, tapi saya naik moto datang kerja. Helmet pun da 1 jer. Pak Guard saman nnt kalau naik moto x pakai helmet."

"xper, saya da topi extra. Jom, nnt lmbat"

"baik cik." Dengan selamba saya ketawa sampai sakit perut bila bos saya pakai helmet dia. Hahaha.

Nak tahu kenapa, tengok kat bawah nie. HEHEHE....

<------>

<--------------->

<-------------------------->

"bos, ini bukan helmet la."

"xkisah la, janji tutup kepala."

Hati: Macam-macam jenis manusia kat dunia ni. :-)

21.7.11

UiTM Kampus Puncak Alam

Ini adalah permandangan di awal pagi di UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor. Ini diantara gambar yang saya sempat ambik sementara menunggu bas. Time ni student semua dah cuti, saya jer datang kerja. Huhu. Pa2 pun jom kita cuci mata kejap.


Gambar kat belakang tu ialah jejantas menuju ker PSB. Jejantas yang memudahkan pelajar untuk melintas jalan yang besar & sibuk di waktu pagi dan tengah hari serta time habis kerja.

Ini ialah Bangunan Plaza Satelit B @ ringkasan student panggil kat sini adalah PSB. Kat sini lah tempat makan, library dan juga kedai untuk fotostit serta seumpanya. Bukan itu jer, Bilik MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), Pejabat CITU dan Pejabat Kaunseling juga ada di sini. Latest, di sini akan ada tempat jual ubat @ farmasi.

Yang sayup-sayup tinggi bumbung warna merah adalah kolej @ tempat kediaman pelajar. Benda yang terletak kat lereng bukit itu adalah Tangga Batu Caves (nama yang student bagi). Ini disebabkan tangga ini terlalu tinggi sehingga membuatkan manusia semput & sakit kaki bila kali pertama naik @ kali-kali yang seterusnya. Hehehe... Tapi jangan risau, di atas tangga ni terdapat beberapa perhentian yang boleh pelajar berhenti untuk menghilangkan penat serta menghirup udara segar, nak jamu mata pun boleh.


Walaupun UiTM Puncak Alam ini di bangunkan di atas bukit, tapi UiTM masih cuba untuk mengekalkan kehijauan semulajadi yang terdapat di sini. Dalam masa yang sama, pokok-pokok ini dapat menjadi benteng ketika hujan.

Ini adalah kolam ikan yang terdapat di UiTM. Dalam ini terdapat banyak ikan air tawar yang besar-besar tapi pelajar mahupun sesiapa pun tidak dibenarkan untuk memancing @ menangkap ikan di sini.

Kolam ini dipanggil Kolam Basah sebab dia ada air. UiTM juga ada kolam kering iaitu kolam yang tiada air.

p/s: Kalau da pelajar baru nak masuk, boleh jer nak tanya pa2 disini. :-)

Bila Bos Dah Panggil...

Di awal pagi jumaat ini, tiba-tiba "nnj, masuk bilik saya sekejap". Bos saya panggil. Alamak, kerja pa pulak ler yang saya nak dapat. "saya suruh awak copy 2 set, bukan campur yang ori 2 set." Tada! saya dah kena. Hehehe, salah saya jugak salah dengar. Bos saya baik, dia cakap elok2 jer, kalau bos lain saya tak tahu la macam mana. Saya pun pergi la mengadap Encik Mesin Fotostit dengan berbekalkan Puan Fail yang tebal. Saya juga dibantu oleh Encik Punch dan Cik Stepler.

Puan Fail, tebal & berwarna-warni. Bermakna, saya kena tukar kertas banyak kali dalam Encik Mesin Fotostit untuk menggantikan kertas berwarna.

Dekat office da 2 Encik Mesin Fotostit, dua2 saya pakai. Sampai Encik Office tanya saya, "lama lagi ker nnj, saya da benda nak print". Hehehe. Time tengah kusyuk membuat kerja-kerja, mesin pulak asyik jem jer, kalau da roti dah lama saya makan mesin nie. :)

Ini la gambar Cik Stepler & Encik Punch, banyak membantu saya dalam membuat kerja. Meja saya pun dah macam kedai fotostit plak, macam-macam ada. Hehehe...


p/s: Lain kali dengar arahan dengan betul, kalau tak kerja kena buat banyak kali. :-)

Akitviti Ketika Lapar

Time ni puasa, jadi balik jer kerja terus masuk dapur. Saya ni bukannya rajin masak sangat tapi disebabkan teringin nak makan kari ikan, so masak la sendiri. Dekat kawasan perumahan saya tak da kari yang macam saya inginkan. So, saya pun rajin-rajinkan diri untuk memasak walaupun malas nak masak. Hehehe. Ini la hasilnya....



Set hidangan makanan untuk orang bujang jer yer. Kalau nak masak tuk family, kena bagi sedap sikit & lebih sikit lauknya.

Menu utama, kari ikan & kacang bendi.

Tempe goreng bersalut tepung.

Sambal belacan. Kawan saya tanya kenapa sambal belacan ni warna macam budu, saya pakai semua cili hijau sebab cili merah tak da. Heee..
.
Last skali, ulam timun. Kecur air liur saya time tulis ni, terus lapar. Huhuhu...

Ni gambar kari dalam kuali, saya tak masak dalam periuk sebab umah bujang tak da periuk besar, kuali jer yang besar.

Dah tinggal separuh pun dalam kuali.

Hati: Pas ni nak masak apa pulak yer? :-)