Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

28.7.11

UiTM Kampus Puncak Alam 2


Assalamualaikum semua..

Hari ni entry saya lambat sikit dari biasa. Awal-awal pagi dah kena pergi melawat site, jadi tak dapat nak post. Tapi saya da bawa buah tangan untuk semua. Gambar kat bawah ni adalah gambar terkini UiTM Kampus Puncak Alam. Hanya untuk tatapan semua walaupun tak la berapa nak terer ambik gambar ni. Jom layan...

Ini gambar bangunan bersebelahan dengan bangunan yang saya melawat tapak pagi tadi. Tinggi kan? so, jangan da niat langsung nak terjun kat bawah tu yer.

Ni plak antara lanskap yang da kat UiTM ni. Bagi saya sangat simple, tapi cantik untuk dijadikan tatapan mata. Jangan pergi buat tarian hindustan sudah. HEHEHE...

Bangunan ini berbentuk bulat dan dipanggil Kolej Rafflesia. Kat dalam ni ada tempat makan, pejabat kolej, gimnasium, dewan serbaguna, surau, tandas, unit keselamatan serta kedai serbaneka.

Yang ini pulak adalah Kolam Basah 7, bagi saya kolam ini adalah yang tercantik di antara kolam-kolam lain kat UiTM ni. Tengok betul-betul, air dia warna hijau tau.

Ini pulak gambar parking tuk staf. Nak masuk kawasan ni perlukan ID pensyarah serta staf. ID student tak valid kat sini yer. So, jangan cuba-cuba nak masuk, takut malu jer.

Gambar dulu, jejantas ni tak berapa nak jelas sangat. Jadi saya jelaskan dengan mengambil pandangan atas dari tingkat 8 bangunan.

Tangga Batu Caves yang mempunyai hampir 300 anak tangga dari pandangan depan.

Bangunan FSK 6 ini menempatkan pelajar dari Fakulti Sains Kesihatan. Setakat yang saya tahu hingga hari ini, bangunan ini juga menempatkan pelajar Fakulti Hotel & Pelancongan. Pensyarah Bahasa serta CITU juga ada di bangunan ini.

Yang kotak warna unggu tu adalah perpustakaan. Ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Perpustakaan sebenar nanti lebih besar serta bertingkat dan berbentuk bulat. Tunggu lah kehadiran perpustakaan baru nanti.

Kebanyakan bangunan di UiTM masih tidak kekal, maksudnya akan berpindah ke suatu tempat lain kelak. Ini kerana, pembangunan di UiTM masih di peringkat awal. Kalau dah siap semua akan menjadi lebih besar serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti Hospital, Masjid, Perpustakaan, Bangunan Fakulti serta Bangunan Kemudahan Pelajar.

p/s: Best dapat duk kat sini, tenang, sejuk & nyaman. :-)

0 Yang Rajin Menaip:

Post a Comment