Click & See...

Menarik

28.7.11

Batu Bata

Entah kenapa, hari ni saya tertarik nak kongsi dengan semua mengenai Batu Bata. Bata yang saya nak kongsi ni bukan bata biasa. Bagi orang macam saya yang kerja duk kat office jer, mungkin pelik sikit. Tapi bagi student yang duk reka-reka bangunan macam ID, Arkitek mahupun AD mungkin tahu bata ni. Bata yang boleh dipotong menggunakan gergaji. Jom kita saksikan adegan yang saya sempat rakamkan untuk semua.


Susunan bata ini seperti bata biasa tetapi saiznya lebih besar dari bata biasa. Beratnya juga lebih ringan seperti span.

Pekerja sedang memotong bata tadi menggunakan gergaji.

Memahat bata menggunakan pahat serta tukul bagi membuat lubang.

Bata ini juga memerlukan simen untuk dicamtumkan bersama-sama bata yang lain.


Proses selesai. Tempat ini bakal dijadikan bilik dengan menggunakan bata yang boleh di gergaji. HEHEHE. Bos saya cakap, bata ni namanya CONCRETE LIGHT WEIGHT.

p/s: Besar jangan disangka berat, kecik jangan di sangka ringan. :-)

0 Yang Rajin Menaip:

Post a Comment