Click & See...

Menarik

27.1.13

Mindset

Adoi! kenapa la tetiba jer keluar tajuk ni lak...?
HaHaHa, sebenarnya nak kongsi dengan kawan-kawan semua kuasa minda ni.
Ini cerita bukan mainan semata-mata, tapi ada kena mengena dengan yang masih hidup ni.*HeHeHe, ubah sikit ayat dekat tv tu kan.







Dulu, sampai naik muak dengar orang cerita pasal minda ni.

Asal negatif jer, kena mengena dengan minda.
Tapi satu hari, saya ingin mencuba kuasa minda ni.
Orang cakap hebat.So, try la sendiri.

Ceritanya bermula disini.....
Dulu time duduk kat asrama, biasa la, makanan mana la sedap sangat.
Kira hampir semua la pelajar akan complaint pasal benda ni.
Satu hari tu, saya dah jemu nak dengar orang complaint, saya pun cubalah kuasa minda ni.
Alhamdulillah, menjadi dan di gelakkan oleh kawan-kawan.
Tapi saya PUAS ok.
Tidak kisah la orang nak cakap apa.

Saya beli makanan sama macam orang lain. *yang orang cakap xsedap tu tp xda pilihan beli la gak
Saya bayangkan makanan yang saya makan tu, makanan paling sedap di yang pernah saya rasa.*Kalau tak silap, time tu bayang makan lauk yang mak masak kat umah.
Setiap suapan saya sangatlah sedap & sambil makan boleh tersenyum sebab terasa sedap giler.
Sebab tu kawan-kawan saya ketawa.

Tapi nak buat ni memang hati kena kuat & bayangan minda tu kena guna sepenuhnya.
Baru la rasa masakan itu dapat diubah sepenuhnya oleh KUASA MINDA.


p/s: Kepada yang nak cuba KUASA MINDA ni, cubalah pada benda yang betul. Jangan sental jer makanan entah pa2 lak. Jadi pa2 saya tak tanggung. HuHuHu.

18.1.13

Oh! Wanita


Saya pelik dengan perempuan sekarang....
Sanggup menukar harta dunia hanya demi kesenangan dunia...
Tanpa memikirkan maruah, keluarga & agama...
Yang terlintas hanya kesenangan dunia dengan cara yang mudah...

Masih wujudkah wanita seperti Khadijah?
Sanggup menghabiskan harta dunia demi perjuangan agama...

Masih wujudkah wanita seperti Aisyah?
Sanggup korbankan keseronokan remaja demi mengejar akhirat & berbakti kepada agama...

Masih wujudkah wanita seperti Sumaiyyah?
Tidak gentar dengan ugutan dunia demi mempertahankan agama...

Dunia!!! Kau memang tempat ujian dari yang ESA...
Bisakah wanita mengharunginya...

Akhirat!!! Tak dapat lari manusia darinya...
Hidup buat selamanya di sana...

Tip Penjagaan Kereta! Minyak Enjin


Ramai diantara  kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.

MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.

Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar.


Minyak pelincir mengalir turun ke takungan dibahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu juga akan menebalkan minyak itu. Ini bermakna minyak perlulah menjadi cukup cair untuk mengalir ke bebola (bearings) sebaik sahaja enjin dihidupkan pada waktu pagi. Tetapi, apabila suhu enjin meningkat kerana kereta laju, minyak pelincir mestilah cukup kukuh untuk menjadikan dirinya sebagai selaput untuk melindungi karburetor, tuil injap, lengan hayun dan hujung injap. Anda memerlukan minyak pelincir yang seimbang dan mempunyai campuran bergetah yang betul untuk menjaga pelinciran enjin dalam keadaan yang terlampau panas dan sejuk.  
Minyak engine bermutu ialah minyak yang dicipta khusus untuk mempastikan pelinciran berlaku cepat apabila enjin dihidupkan daripada keadaan yang sejuk atau ketika suhu tinggi kerana perjalanan yang jauh atau kerana perjalanan dibandar yang tidak menentu kelajuannya.