Click & See...

Menarik

21.7.11

Jus Gelas Besar, Terengganu

Masa ni kami nak pergi tengok baby abang di Terengganu. First baby tu, jadi mak saya sanggup datang dari Langkawi semata-mata untuk melihat cucunya yang sorang tu. Dalam masa yang sama, kami pun pergi minum jus gelas besar. Ini la pengalaman yang tak boleh nak lupa. Time abang saya cerita, macam tak percaya pulak. Dah pergi kedai, ambik kau, MEMANG BESAR PUN!

Siap da saiz lagi, S, M & L. Tapi sapa-sapa yang nak saiz besar dari saiz tadi, ada jugak. Semua akan dihidangkan mengikut kehendak pelanggan. Jom kita tengok besar ke tidak Jus nya.

Saiz S

Saiz M

Saiz L

Kiwi (M) , Epal (L) & Tembikai (S)

Sepupu saya dengan jus lobak merah

Pak Su saya yang comel...Hehehe...

Diantara jus yang dipesan

Angah (abang) saya yang kuat makan & minum

Harga minuman kat sini sangat murah. Susah nak cari kat tempat lain. Jadi, kalau ada kesempatan pergi la. Saya pun tak sabar nak pergi lagi. Yang penting, time nak pergi kosongkan perut betul-betul dulu, baru puas nak minum.

p/s: Minum jangan sampai terlebih, takut malam-malam bangun pergi toilet... :-)

0 Yang Rajin Menaip:

Post a Comment