Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

23.7.11

Bos Datang Lagi...

Selepas pagi yang indah saya bertemu janji dengan seorang Puan Fail, di petang harinya pula saya bertemu dengan kawan-kawan Puan Fail pulak. Puan Fail bawa kawan & sedara dia nama Encik Fail, Cik Fail dan Nenek Fail. Semua memerlukan bantuan saya dalam meneruskan kehidupan seharian mereka (bunyi dah macam pakar motivasi la pulak).

Ini la kawan & sedara Puan Fail;Encik Fail, Cik Fail dan Nenek Fail. Yang terkeluar kat luar tu tak da fail, so saya bagi nama Budak Tak Malu sebab dia tak pakai baju.

Setelah sekian lama memberi motivasi kepada kumpulan-kumpulan Fail tadi, saya pun mengalami hidrasi sebab banyak guna tenaga untuk membuatkan kumpulan Fail tadi senang hati, jadi saya pun ambik la kawan saya di dalam peti sejuk office. Abang 100 Plus, nasib ada dia.

Terima kasih Abang 100 Plus, jasamu di kenang.

Dalam kesibukan melayan karenah kumpulan Fail tadi, tiba-tiba bos saya panggil.

"n, jadi driver saya yer, saya nak gi ari sukan nie"

"boleh je cik, tapi saya naik moto datang kerja. Helmet pun da 1 jer. Pak Guard saman nnt kalau naik moto x pakai helmet."

"xper, saya da topi extra. Jom, nnt lmbat"

"baik cik." Dengan selamba saya ketawa sampai sakit perut bila bos saya pakai helmet dia. Hahaha.

Nak tahu kenapa, tengok kat bawah nie. HEHEHE....

<------>

<--------------->

<-------------------------->

"bos, ini bukan helmet la."

"xkisah la, janji tutup kepala."

Hati: Macam-macam jenis manusia kat dunia ni. :-)

0 Yang Rajin Menaip:

Post a Comment