Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

30.9.11

Mesej Buah Hati


Perempuan : 2 malam lepas saya mesej awak, napa awak tak balas? Saya tunggu sampai pagi tau, tunggu awak balas saya.

Lelaki : Maaf awak, saya letih sikit malam tu. Kerja banyak.

Perempuan : Banyak sangat ker kerja awak sampai nak balas mesej saya pun tak boleh?

Lelaki : Banyak la jugak, lepas habis buat kerja terus saya tertido. Tak sempat nak tengok handphone.

Perempuan : Yela tu, saya tau la saya tak da dekat awak, awak boleh jer nak tipu saya.

Lelaki : Awak, betul saya buat kerja. Semalam lepas habis kerja dekat office kul 5.30 ptg, saya pergi pasaraya, buat part time kat sana sampai pukul 12.30mlm. Lepas balik, saya solat. Saya doakan dimurahkan rezeki saya, semoga saya cepat dapat masuk meminang awak. Lepas tu, saya terus tertidur, makan pun tak sempat.

Perempuan : Tipu la tu. Saja ja kan cipta alasan supaya saya kesian kat awak.

Lelaki : Ikut awak la nak percaya atau tidak. Awak boleh ikut saya kalau awak mahu. Tapi saya nak awak tahu satu perkara, sejauh mana saya pergi, selama mana saya tak hubungi awak, ketahuilah saya setia pada awak & saya sayang awak seorang.

Perempuan : Awak betul-betul ke ni?

Lelaki : Kalau awak rasa tak betul, awak datang la tengok saya dekat hospital.

Perempuan : Hospital???

Lelaki : Ye, saya di hospital. Saya dimasukkan di wad selepas saya pengsan di pasar raya, tak cukup tidur & badan saya sangat lemah.

Perempuan : Awak...Saya tak berniat nak sakitkan hati awak. Maafkan saya.


p/s: Selidik & tanya lebih baik dari menuduh. Semoga mereka berbahagia. =)

Walaupun Jauh



Walaupun kita kejauhan
Dihalangi oleh lembah & lautan luas
Diasak oleh kesibukan masing-masing

Hatiku masih padamu
Setia menunggu
Menunggu sehingga kau kembali

Kembali ke sisiku
Tanpa ada ragu
Tanpa ada alasan

Kembalilah kepadaku
Kembalilah merawat rinduku
Kembalilah menjadi miliku selamanya....

Steamboat Tom Yam


Hujung minggu bersama teman-teman rumah sedikit sebanyak mencetuskan idea untuk memasak. Jadi, saya pun mencari masakan yang mudah disediakan serta kenyang. Akhirnya dapat la makanan kat atas tu. Nak masak memang cepat, tapi nak siap barang-barang agak pening sikit sebab fikirkan kos serta yang sedap dan berkhasiat. Dan yang paling penting semuanya barangan yang halal. Jom jamu mata yer.


Ok, ini antara barang-barang yang saya sediakan:
  • udang segar
  • ayam segar
  • lobak merah
  • kangkung
  • bebola udang
  • bebola udang+sotong
  • kubis cina
  • anak jagung
  • jejari ketam
  • keow teow
  • bihun
  • bunga kubis
  • sosej

Setelah dicampur, inilah rupanya. Untuk kuah tom yam tu saya pakai 2 kiub ayam + 2 pes tom yam. Untuk sesi ke-2, saya cuba pakai kiub tom yam tapi rasa dia tak berapa sedap macam pakai pes.

Hati: Pas ni ingat nak masak sushi lak. Itupun klu rajin ler...heee... =)

14.9.11

Keindahan Raya


Sepanjang ramadhan Bandar Langkawi dilimpahi hujan yang agak lebat. Tapi dengan RahmatNYA, 1 syawal panas dan penuh dengan seri. DIA memberi kita waktu untuk berhari raya serta ziarah menziarahi dan tidak lupa bermaaf-maafan. Dibawah adalah antara gambar yang menjadi bukti KekuasaanNYA.


Terang Matahari tetapi tidak terlalu panas, sedap-sedap jer suasananya.

Cantik bila dilihat lama-lama.

Ini pulak gambar bulan 2 syawal.

Masih diperingkat anak bulan, bulan sabit.

Permandangan di Cable Car pada 2 Syawal.

Hanya berkabus tetapi tidak hujan. Cuaca begini juga dapat memberi kesempatan kepada pelancong untuk menaiki Cable Car.

Ini arnab-arnab yang terdapat di Taman Cable Car.

Pasir Hitam pada hari raya ke-3.

Cantik pemandangan pantai serta pulau-pulau yang dapat dilihat dari jauh.


Hati: Kampung halamanku sentiasa dihati. =)

Western Food


Dalam kesibukan berhari raya sempat lagi saya dan kawan pergi makan-makan di tepi pantai bertemankan lilin. Romantik betul tapi saya pergi dengan kawan perempuan yer. Kami memilih meja di bahagian paling hujung sambil ditemani bot-bot serta berdekatan dengan jeti. Kalau dapat pergi makan dengan buah hati mungkin best lagi kot. Hehehe.

Ini makanan yang saya tempah, Black Paper Stick.

Ini pulak kawan saya makan, Chicken Chop.

Ini air minuman yang kami tempah, Carrot Susu & Cappocino.

Hati: Pas ni nak pergi makan kat mana pulak yer? =)

Kerusi Klasik



Kerusi ini tak adalah klasik sangat tapi nilai seni atau nilai komersial itu masih ada walaupun kerusi ni sudah dimamah usia. Cantik untuk dijadikan sebagai iktibar kepada golongan kayawan bahawa masih ada insan yang amat memerlukan.







p/s: Jangan sampai nangis lak tengok gambar ni yer. Sabar-sabar. =)

12.9.11

First Day...

Ari ni adalah hari pertama kuliah saya bermula...
Jadual tak berapa padat semester ini...
Yang penting, setiap ari Jumaat tiada kelas...
Wahhh! 4 hari belajar, 3 hari cuti...
Jadi sempat la nak buat pengurusan kendiri...

Dah 4 bulan cuti, jadi otak sedikit beku gak...Hehehe...
Jadi, kena la cuba cairkan otak secara perlahan-lahan...
Wish me Good Luck yer... :-)

p/s: Kepada kawan-kawanku yang lain, Good Luck yer...!