Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

24.11.11

Transformasi UiTM Puncak Alam


Insyaallah, tidak lama lagi UiTM Puncak Alam akan mendapat satu lagi kemudahan untuk para pelajarnya. Bakal menjadi antara UiTM terbesar selepas siap sepenuhnya, kemudahan pelajar juga merentas dunia modenisasi. Ini adalah diantara kemudahan yang bakal ada. Doakan ia menjadi kenyataan.


Jambatan yang akan dibina bagi menuruni & menaiki bukit.

Mempunyai tempat untuk berhenti seketika, mungkin.

Tidak perlu lagi menuruni & menaiki tangga curam di lereng bukit.


Kemudahan lif untuk sampai ke jambatan ini.


Setiap lif boleh memuatkan 30 orang. Tapi kalau di UiTM kena buat besar sikit sebab pelajar ramai, mungkin 50 - 60 orang bagi satu perjalanan.


Pandangan jauh, menarik perhatian.


Keadaan di dalam jambatan. Kalau di UiTM kena letak Guard kat sini rasanya, bahaya juga kalau perempuan berjalan pada waktu malam seorang diri.


Pandangan luar, mempunyai tangga kecemasan jika berlaku perkara yang tidak diingini.


Ini adalah plan asal dari Rio De Janeiro untuk World Cup 2014.


Digubah dari Blog Serius


p/s: Bersyukur dengan apa yang kita ada. =)

14.11.11

Melayan Jiwa


Time hujan-hujan macam ni, sedap dapat berangan atau melayan perasaan jap. Saya pun pa lagi, bukak la bekas dan mencari coklat kegemaran. Melayan perasaan nikmat menikmati coklat lembut bersama badam. Ermmm, sedap sungguh. Untuk anda semua, boleh jamu mata je yer. Hehehe... =)



Tak da kerja nak buat. Sayang Coklat ni sangat-sangat. =)



Tengok jangan tak tengok.


Pandangan sisi pun da gak, sebab nak buat anda semua jelous. Hehehe... =)


Terliur tak tengok ni? Ermm, sedap betol la.... =)


Ini la coklat 2, KISSES - CREAMY MILK CHOCOLATE WITH ALMONDS.....


p/s: Sapa nak coklat ni, beli sendiri. Hehehe... =)

13.11.11

Daging Salai Ala Korea

Nama masakan ni macam best la pulakkan. Sebenarnya tak tau nak bagi nama apa. Selalu jer tengok dalam cerita korea @ Jepun tentang makanan ni. Tapi agak berbeza la sedikit berbanding yang ini kerana ini adalah hak cipta terpelihara saya. Hehehe... =)


Raya Haji banyak daging yang lebih, family dah tahu nak buat apa. Jadi saya pun mereka la resepi sendiri. Daging diatas diperap terlebih dahulu selama sehari supaya sedap rasanya bila makan. Kalau nak potong besar-besar pun boleh, ikut citarasa masing-masing. Bakar dalam kuali macam kat atas pun boleh.


Inilah rupa daging yang telah dibakar. Daging yang dibakar biarlah tidak terlalu lama. Ini kerana daging akan menjadi keras dan liat ketika makan.


Daging tadi akan dimakan bersama-sama sambal ini. Buat macam sambal belacan tapi tambah tomato. Sambal ni tak kisah macam mana pun, boleh buat ikut citarasa masing-masing. Nak buat sambal hitam pun boleh.


Ini salad yang akan dimakan bersama-sama daging dan sambal tadi. Salad kalau dibeli di pasar basah mungkin sedikit pahit jika dimakan. Tapi salad yang lemak dan sedap boleh didapati di peti sejuk dipasar raya besar yang telah dipek didalam bekas plastik.


Ini adalah cara memakannya. Salad tadi dijadikan lapik, daging dan sambal di atasnya.


Kemudian, gulung salad tadi dan masukkan ke dalam mulut. Erm, sedapnya. Kalau nak makan ni, kena buka mulut luas-luas sikit, kalau tidak tak dapat la daging dan bahan-bahan lain masuk mulut.

p/s: Makanan akan membuatkan kita kenyang dengan cepat, jadi jemput la ramai-ramai makan. =)

Ketupat Palas

Sekarang ni semua orang masih dalam mood raya, jadi saya nak kongsi la sedikit makanan tradisional ataupun hidangan wajib ketika raya. Tidak kiralah raya haji mahupun raya puasa. Zaman sekarang ni ramai anak muda yang kurang tahu untuk membuatnya. Jom kita belajar buat untuk dijadikan ilmu kita bersama. =)


Mula-mula kena la cari daun palas ni. Kalau kawasan kampung senang nak cari tapi kalau sesiapa yang tinggal di pekan mungkin susah la sikit tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih.


Daun palas tersebut akan dibuka dan dibuat seperti ini supaya mudah untuk meletakkan pulut nanti. Nak buka daun palas kena berhati-hati dan lemah lembut sedikit kerana daunnya mudah koyak.


Bagi pulut yang ingin diisikan kedalam daun palas pula, ada perlbagai jenis resepi ada pada masa kini. Ada yang masukkan pulut mentah dan direbus dengan santan. Ada juga yang buat seperti diatas. Beras Pulut dan santan dimasak bersama-sama sehingga sebati dan separuh masak sahaja.


Ketupat palas diatas ini kalau di Kedah disebut Ketupat Jantan kerana dua sisinya pendek dan satu sisi di bawah panjang sedikit.


Ini pulak ketupat palas betina kerana setiap sisi pada daun palas ini adalah sama besar jer.


Ini adalah gambar setelah pulut dimasukkan ke dalam daun palas. Ketupat ni dah siap untuk direbus dengan air biasa. Tapi bagi sesiapa yang minat makanan yang berlemak, bolehlah merebus ketupat ni dengan kepala santan atau santan pekat.

p/s: Makan dengan rendang@kari daging@sambal ayam memang sedap. =)