Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

31.8.11

Rumah Contoh



Ingin mencari kelainan dalam menjadikan rumah anda lebih menarik & dapat menarik perhatian orang lain untuk mengunjungi rumah anda. Saya ada beberapa contoh untuk diikuti. Jom kita selongkar.








p/s: Ada berani ker nak buat? :-)

Soalan & Jawapan Yang Best


Penemuduga : Cuba bayangkan anda berada di tingkat 3 bangunan dan berlaku kebakaran. Apakah yang akan anda lakukan?
Calon : Senang sajer, saya akan berhenti membayangkan.

**********************

Bantulah wanita yang di dalam kesusahan.
Wanita ini akan terus mengingati anda.
Ketika dalam kesusahan sahaja.

**********************


Cikgu : Ada 4 orang perempuan cantik sedang melintas jalan.
Sila ubah ayat ini menjadi ayat seru.
Pelajar : WOW!


Hidup Tanpa Jurutera

Dunia Tanpa Jurutera Mekanikal, inilah jadinya...



Dunia Tanpa Jurutera Elektronik, inilah jadinya...


Dunia Tanpa Jurutera Komunikasi, inilah jadinya...


Dunia Tanpa Jurutera Awam, inilah jadinya...


Dunia Tanpa Jurutera Penerbangan, inilah jadinya...

Hati : Kalau manusia di dunia tanpa otak & kepala, tiada apa yang akan menjadi. :-)

Kenapa Gaji Tak Naik?


Nak tahu jawapannya, mari saya bagi tahu.

1. Kalau anda naik kereta Honda, Toyota, Suzuki, Mecedes @ Kereta import & tempatan yang lain, itu bermakna anda mempunyai pendapatan yang stabil & tidak perlukan kenaikan gaji.

2. Kalau anda naik kereta yang telah berusia lebih dari 5 tahun @ lebih, itu bermakna anda telah banyak berjimat dengan tidak menukar kereta baru, jadi anda tidak perlukan kenaikan gaji.

3. Kalau anda naik teksi atau kemudahan awam ke tempat kerja atau ke mana-mana, itu bermakna anda sudah tahu hala tuju anda, jadi anda tidak perlukan kenaikan gaji.


p/s: Pas ni, nak naik apa pun pergi mana-mana jangan bagi bos nampak, kalau tak, tak naik gaji. hehehe. :-)

Soalan & Jawapan Yang Pedas


Teman Wanita : Adakah awak pasti mencintai saya & tiada yang lain?
Teman Lelaki : Saya sangat pasti! Saya dah periksa semua senarai semalam.

***************************************************************************

Pelayan : Encik mahukan Black Cofee?
Pelanggan : Awak ada kopi warna lain ker?

***************************************************************************

Pelanggan : Saya tidak mahukan ayam ini. Panggil pengurus kamu!
Pelayan : Itu tidak akan menyelesaikan masalah encik. Pengurus saya tidak makan ayam.

***************************************************************************
Suami : Awak tahu sayang, anak kita mewarisi otak saya.
Isteri : Saya rasa betul sebab otak saya masih ada pada saya.

***************************************************************************
Lelaki : Encik Polis, saja jumpa bom di taman rumah saya.
Polis : Jangan risau, jika tiada sesiapa yang datang mengambilnya dalam masa 3 hari, ia jadi milik awak.

***************************************************************************


Lelaki Mesti Baca!!!


Ada seorang lelaki sedang memandu kereta menaiki curam berhampiran jalan di sebuah gunung. Seorang perempuan yang melalui jalan yang sama sedang menuruni curam tersebut. Apabila kereta mereka berselisih di antara satu sama lain, perempuan tadi membuka cermin dan menjerit "BABI!".

Lelaki tadi dengan geram membuka tingkap dan menjerit "ANJING!".

Lelaki dan perempuan tadi meneruskan perjalanan mereka. Apabila lelaki tadi sampai di sebuah selekoh, dia telah terlanggar BABI yang sedang melintas jalan.

p/s: Jangan selalu berfikiran negatif. :-)

Cara Memulakan Hari Dengan Positif


1. Buka folder baru di PC anda.

2. Namakan folder tersebut sebagai BOSS

3. Kemudian, hantar kan folder tadi ker Recycle Bin

4. Kosongkan Recycle Bin

5. PC akan bertanya kepada anda, "Are You Sure Want to Delete BOSS Permanently?"

6. Jawap dengan tenang "YA", kemudian klik "YES".

7. Anda rasa tenang sekarang? :-)

6 Kebenaran di Dalam Kehidupan


1. Anda tak boleh sentuh semua gigi dengan menggunakan lidah anda.

2. Orang Yang Bodoh, akan mencuba kebenaran yang pertama.

3. Dan mereka mengetahui bahawa kebenaran yang pertama adalah tidak benar.

4. Anda tersenyum sekarang sebab anda adalah bodoh.

5. Kemudian, anda akan sebarkan kepada orang bodoh yang lain.

6. Ada senyuman nakal di wajah anda.

p/s : Saya minta maaf mengenai ini. Saya juga terkena seperti anda dan saya perlukan teman yang serupa. hehehe. :-)

Hak Jagaan Anak


Situasi : Mahkamah (Kes Penceraian Suami Isteri)

Isteri : Yang Arif, Saya yang melahirkan anak-anak saya ke dunia dengan kesakitan dan kesusahan yang teramat sangat. Saya yang lebih berhak ke atas anak-anak saya.

Yang Arif : Suami, awak ada apa-apa untuk mempertahankan hak awak?

Suami : Selepas berfikir sejenak...
Yang Arif, sekiranya saya memasukkan wang ke dalam Pepsi Vending Machine dan Pepsi itu keluar. Milik siapakah Pepsi itu? Saya atau Pepsi Vending Machine itu?

29.8.11

Kek Coklat Raya


Raya ni saya sempat buat kek coklat bagi memenuhi target raya. Akhirnya berjaya jugak. Dapat buat 3 biji kek, 2 besar & 1 kecik. Jom tengok mana tau ada yang berkenan, boleh saya bukak bisnes. Hehehe.


Kek Coklat Besar 1

Kek Coklat Besar 2

Kek Coklat Kecil


p/s: Kalau da sesiapa berminat, boleh la contact. hehehe. :-)

28.8.11

Jika Dipaksa Keluar Duit Melalui ATM




Dibawah ini merupakan tips yang boleh digunakan sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan duit melalui ATM.

Anda boleh meminta bantuan secara senyap dengan memasukkan nombor Pin anda di ATM secara terbalik. Sebagai contoh, jika nombor Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.

Secara automatik, ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang dimasukkan ke dalam mesin tersebut. ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui adalah, pihak Bank akan segera menghubungi pihak Polis @ pihak berkuasa bagi membantu anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya merupakan kaedah yang jarang diguna disebabkan ramai orang yang tidak mengetahui mengenai kewujudan sistem ini.


p/s: Sebarkan kepada rakan-rakan atau orang yang anda sayang & kenal.

27.8.11

Suasana Raya 1

2Insyaallah lagi 4 hari nak raya.
Saya tengok dah macam2 persiapan orang buat.
Kat surau & masjid pun orang dah kurang nak datang terawih.
Sibuk buat persiapan raya, dari kuih, hias rumah, baju raya & macam2 lagi lah.

Saya pun tak terlepas jugak, nak jugak buat persiapan raya tuk cik jari, jom kita usha2.hehehe...




Keadaan cik jari sebelum & selepas. Warna inai ni tak berapa nak terang sebab pakai pun kejap jer, lepas terawih dan bukak sebelum tido.

Hati: Nak pakai inai penuh di jari kena tunggu kawin nanti. :-)

26.8.11

Langkawi Parade


Apa pulak la nak buat dengan Langkawi Parade ni kan?
Saya saja nak tunjuk keadaan lokasi shopping yang famous kat Langkawi ni time raya.
Tengah-tengah shopping tuk cari barang sendiri, jamu la mata jap tengok keadaan orang lain shopping. Jom kita tengok..


Langkawi Parade ada tiga tingkat untuk shopping & makan.


Kalau da program, musim atau acara apa-apa pun, selalunya dataran ni akan menjadi tempat sasaran utama.

p/s: Kalau nak datang, kena bawa duit banyak sikit, kalau tak, jamu mata jer la. :-)

Anak Sedaraku Ketawa



Ramadhan ni best sikit sebab da anak sedara yang suka menceriakan keadaan. Walaupun baru berusia 8 bulan time dia balik ari tu tapi dah pandai beraksi di depan kamera. Seminggu yang seronok sangat melayan karenah si kecil nabilah ni. Antara koleksi ketawa yang comel untuk dikongsi dengan semua.

Mulut Nabilah comot betul sebab dia makan durian.


Yang ni plak sebab dia tengok buah durian macam pelik jer, so dia pun ketawa. ish3.


Ini mek bunga, dapat bunga dan nampak pulak kamera, ini la jadinya.


p/s: Kalau orang dewasa buat macam ni, bahaya!!! boleh dilabel gila, hati-hati. :-)

24.8.11

Target Raya....


Tahun ni saya target nak buat benda kat bawah ni dengan kepakaran diri sendiri...

  • Tat telur dengan rekaan sendiri
  • Kek Coklat Lembab juga dengan rekaan sendiri
  • Jahit manik pada baju raya dengan rekaan sendiri juga
Agak-agak sempat ker? Lagi 4 hari nak raya ni. Well, kena usaha dulu baru kita tahu berjaya atau tidak.

Hati: Cepat buat kalau tak, tak merasa la nak raya. hehehe.

21.8.11

Mood Tension...!!!



Sejak dua menjak ni, tidur asyik tak lena jer...huhuhu...
Semua nya kes hutang...
Bilang-bilang hutang da la dalam RM 30,000!!! OMG...
Serabut otak kepala...



  • Macam mana nak cari duit bayar hutang ni???

  • Macam mana cara nak dapat duit banyak dalam masa yang singkat???

  • Macam mana nak jadi orang yang tak berhutang???

  • Kenapa mesti aku yang muda remaja* ini berhutang??? *perasan

  • Kenapa???Mengapa???Bagaimana???

Hati: tabah lah hati, ujianmu datang untuk menguji.


Cerita Ramadhan 3

Situasi : Rumah Sewa


Kawan 1 : Malam esok kita pergi shopping baju raya nak. aku tak beli lagi baju raya ni.
Kawan 2 : Okey gak, aku pun tak da lagi baju raya.

Kawan 3 : Cantik la idea tu, tak sabar nak pergi shopping ni. Tapi kita nak pergi shopping kat mana.

Kawan 4 : Kita pergi shopping kat masjid la, boleh dapat banyak pahala, tak payah keluar duit pun.

Kawan 1, 2, 3 : :-( [Insaf]


p/s: malam-malam pergi terawih, nak shopping pergi siang-siang. :-)

Cerita Ramadhan 2

Situasi : Di Dalam Rumah




Anak 1 : Mak masak kari ikan tuk berbuka nanti yer, dah lama tak makan.

Mak : Insyaallah.

Anak 2 : Mak kita berbuka hari ni mak masak asam pedas ikan pari yer.

Mak : Insyaallah.

Anak 3 : Mak masakkan adik masak lemak cili api yer, dah lama adik tak makan.

Mak : Insyaallah.

Ayah : Mak nyer, ayah teringin nak makan tempoyak ikan patin, boleh buatkan.

Mak : Insyallah.


Ketika Waktu Berbuka.



Anak-anak & ayah : Mak mana lauk yang kami minta mak masak tadi?

Mak : Itu kat depan tu la.
Anak-anak & ayah : 1 mangkuk jer????

Mak : Itu la masakkan yang kamu semua nak tadi, KARI PEDAS CILI API IKAN PATIN. :-)



p/s:nak berbuka biar berpada-pada, jgn tamak. nasib da mak yang pandai. hehehe. :-)

Cerita Ramadhan 1


Situasi : Di Masjid - Solat Terawih



Anak Muda : Mak cik, rapat lagi, kosong sauf ni banyak lagi.

Mak Cik : Baik nak.

Anak Muda : Mak Cik, dekat lagi, masih jauh ni.

Mak Cik : Panas la nak duk dekat2.

Anak Muda : @#$%^&*?>< (Macam2)


p/s: Rapatkan sauf ketika solat dapat mengimbangi ion positif & ion negatif di dalam badan. :-)

13.8.11

Sudah Lama

Lama betul tak dapat nak update blog.huhuhu...
Saya di kampung halaman sekarang, rindu akan kampung telah hilang...
Tapi rindu pada blog baru sempat ari ni nak hilangkan...
Sibuk tolong diri sendiri bukak kilang buat tahi mata...hehehe....

Ini hadiah untuk semua, selamat telan air liur yer...sory... :-)




p/s:sapa nak betul2, rajin2 komen...hehehe...



5.8.11

Model Termuda

Model cantik ni namanya Thylane Lena-Rose Blondeau. Beliau dilahirkan di Ivory Coast. Sekali pandang mungkin ada yang tidak percaya mengenai umur gadis ini. Umur beliau baru 10TAHUN dan sudah menjadi simbol seks di perancis lebih hebat dari orang yang berumur 2 kali darinya!! Ish3, bahaya tu. Jom layan gambar-gambar dia kat bawah ni.

Giler tajam mata dia, hebat tul.


Ni kalau masuk Miss World, agak-agak menang x?

Dia famous giler kot kat negara dia, kalah model-model dewasa yang lain.

Ini la muka ayah dia. Orang biasa jer.

Ni pulak muka mak dia. Kalau tak silap mak dia ni kerja kat stesen tv.

p/s: Orang melayu & Islam tak payah la nak jadi macam ni, tambah dosa jer. :-)

4.8.11

Pembantu Pegawai Tadbir N27

Waaa, tajuk macam ni macam nak da jawatan kosong pulak. HEHEHE...
Sebenarnya, hari ini saya nak berkongsi pengalaman pergi interview untuk jawatan ini baru-baru ini. Mungkin kepada yang nak pergi pulak lepas ni, jadi ada la sedikit input untuk menjadi bekalan.

Ok, stat citer nya macam ni (macam nak citer kat cucu pulak), pada pagi 22 Jun 2011, saya dengan pak su pun bergerak ke SPA Kedah. Dengan muka ketar giler ni, saya pun bergerak ke tingkat 8 bangunan.




First jer masuk, masih tak ramai orang yang datang. Ada 2org lelaki dikaunter, kerja dia adalah memastikan kita daftar untuk mendapat nombor giliran, menyemak dokumen kita, kalau tak lengkap dia akan cuba bantu apa yang terdaya. Mereka tak da la suruh calon-calon balik ambil dokumen kalau tertinggal, hanya tunjuk apa yang ada saja.

Saya adalah calon pertama hari tu. Ada 2 bilik penemuduga, 1 bilik, 2 orang melayu dan 1 bilik lagi 2 orang cina. Saya kena dekat cina tu. Adoi, memang ketar tak tau nak cakap. Orang cakap penemuduga cina lebih teliti. Saya pun duk relax & selawat banyak2. Tiba-tiba ada sorang kakak ni minta masuk dulu, sebab dia dalam pantang. Saya ok jer, dia pun gi la interview dulu. Dia kat dalam bilik tu selama 1 jam 15 minit!!! Saya yang kat luar ni dah peluh, baju Kot tebal yang saya pakai pun dah tak terasa, sejuk giler, siap berpeluh-peluh lagi. Calon-calon lain pulak mula duk cakap macam-macam, bertambah-tambah ketar la saya.

Masa yang ditunggu pun tiba, naik la nombor giliran saya. Saya ketuk pintu & ucap selamat pagi. Dia pun sruh duduk. Seorang penemuduga tu friendly betul & yang sorang lagi serius giler. Fuh, kecut perut tengok penemuduga yang serius tu.

Penemuduga yang friendly pun start la sesi dia:

"Are you ok today?, how are you?"
pulak! sepupu saya cakap penemuduga SPA cakap bahasa melayu. Nasib bek saya dah prepair sikit-sikit. So, jawap je la.

Ok, kat bawah ni saya bagi la soalan yang dia tanya:

  • Are you happy to come here?
  • Parent awak pesan apa sebelum datang sini?
  • Awak nervous ker?
  • Macam mana awak mengatasi nervous tu?
  • Seronok dapat datang interview?
  • Preparation yang buat sebelum datang interview?
  • Perkenalkan diri awak?
Lebih kurang macam tu la, tapi setiap soalan ni dia akan ada anak2 soalan yang lain. Contoh saya bagi, pasal Preparation yang dibuat sebelum datang interview?Anak2 soalan dia kat bawah ni:

  • Saya jawap melayari internet : Dia tanya la, laman web apa, apa yang awak baca kat laman web tu, kenapa baca web tu, berapa kali bukak.
  • Saya jawap lagi tanya orang berpengalaman : Dia tanya, org tu pesan apa, apa dia cakap, orang tu siapa.
Lebih kurang macam tu la. Ok, sekarang turn penemuduga yang serius pulak. Ini antara soalan-soalan yang dia tanya:

  • Apa itu dasar pandang ke timur?
  • Apa itu ETP?
  • Tangga gaji N27 berapa? (dia nak dengan sen2 sekali)
  • Kementerian@menteri yang bertanggungjawap untuk N27?
  • Pandangan anda mengenai ETP?
  • Siapakah orang bawahan anda nanti? (Gred yang duk bawah N27)
  • Skot kerja PPT@EO? (PPT@EO, nama lain tuk jawatan ini)
  • Latest pekeliling dari JPA?
  • Kenapa kami perlu ambil awak bekerja?
  • Apa kelemahan awak?
Untuk makluman juga, penemuduga ini dia tak tanya pun pasal isu terkini. Dia tanya isu2 yang agak lama. Time ni, isu semasa adalah mengenai PROSPEK. Bila saya dah keluar, penemuduga melayu kat bilik sebelah, dia akan tanya isu ini jer kat semua calon (calon2 yang citer).

Kesimpulannya, semua benda kita kena tahu. Tak kira isu semasa ataupun tidak. Saya ditemuduga kalau tak silap 15 minit jer kot. Bila keluar jer, bilik sebelah calon yang ditermuduga seramai 6 orang tapi bilik saya baru 2 orang. Memang lama.

p/s: kat dalam bilik tu macam-macam boleh jadi, so kena study semua.
Hati:Tapi kadang-kadang rasa tak adil pun da gak, study lama-lama tpi org nk judge kita tuk minta kerja hanya 15 minit jer.

3.8.11

Wenesday 5...!!!


Subhanallah, sungguh indah ciptaan ALLAH.

"Sesaat memikir akan kekuasaan ALLAH dari penciptaan alam ini, lebih baik dari beribadat sepanjang malam."


1.8.11

Pada Suatu Hari...


Pada suatu hari, ada seorang puteri kempunan untuk makan sate di negeri Kajang. Diarahkan semua pengawal yang ada untuk membawa sang puteri untuk mencari sate. Tapi, tiada seorang pengawal pun yang berani untuk mengikut sang puteri. Ini disebabkan oleh perjalanan yang jauh harus ditempuhi, perlu melalui hutan yang sangat ditakuti.

Dikatakan oleh seorang nenek tua, didalam hutan itu dihuni oleh sepasang harimau. Harimau ini bukan harimau biasa. Dikatakan lagi oleh nenek tua itu, harimau ini sangat bengis, pada setiap benda yang mendengar dengusan harimau ini, maka akan berlari bertempiaran kerana ketakutan. Sang puteri tetap dengan kemahuannya. Bonda sang puteri tidak dapat menolak pemintaan anakda yang tercinta. Diwar-warkan berita itu kepada rakyat jelata. Tiada juga datang seorang pun yang mahu melakukannya.

Maka, sampai dua purnama sang puteri tetap dengan pendirian mahukan sate. Maka, datanglah sang putera dari negeri yang sepurnama jauhnya. Disampaikan niat mahu menemani sang puteri mencari makanan kesukaannya. Seronok bukan kepalang sang puteri, hajat yang diingini bakal ditunaikan.

Pergilah mereka berdua tanpa pengawal ke tempat dituju. Bergantung haraplah sang puteri kepada putera tersebut. Sampai di hutan yang dikhabarkan nenek tua itu, sang puteri menjadi ketakutan. Sang putera sedaya upaya melindungi sang puteri yang menjadi dambaannya sekian lama. Peluang ini digunakan untuk menambat hati sang puteri.

Sesampainya di tengah hutan, dengusan sang harimau kedengaran. Makin menghampiri, sang puteri hanya mampu berlindung dibalik ketegapan badan sang putera. Dilihat juga sepasang harimau itu di depan mata. Sang putera berkata-kata:

"Jangan diapa-apakan kami wahai sang harimau, kamu sepasang dan kami juga sepasang. Tidak akan kami apa-apakan kamu berdua, kiranya sudi membenarkan kami melalui jalan ini dengan selamat."

Tiba-tiba, sepasang harimau tadi tersenyum. Sang puteri kehairanan. Ditunjukkan sepasang harimau ini akan jalan keluar buat sang puteri dan putera.

Sebagai tanda ucapan terima kasih, sang putera menghadiahkan sepasang harimau tadi CENDERAMATA.




*Gambar harimau ini diambil di depan Sate Kajang Haji Samuri, Kajang. Jangan marah. HEHEHE...

p/s: cerita ini hanya rekaan semata-mata, hanya ada kena mengena dengan diri penulis. :-)