Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

22.12.11

Perhatian Pemandu Kereta !!!


Pemandu Malaysia agak-agaknya kena khusus sekali lagi selepas mendapat lesen memandu, tidak kiralah motosikal mahupun kereta. Ini bagi memastikan mereka INGAT mengenai undang-undang jalan raya semula. Mungkin sudah lupa setelah sekian lama mendapat lesen. Antara yang banyak terjadi, ISYARAT MEMBELOK.



Menghormati pengguna yang lain adalah amat penting. Seperti kita menyewa rumah, setiap orang perlu membayar sewa tapi mungkin berbeza mengikut saiz bilik. Begitu juga kenderaan, setiap orang membayar cukai jalan, dan gunakanlah jalan tersebut dengan memikirkan jalan tersebut milik orang ramai, bukan seorang diri.

Mengikut undang-undang, 100 METER sebelum membelok, isyarat membelok perlu diberi supaya pemandu lain mengetahui kemana arah anda tuju. Tapi sekarang dah berbeza sikit, 1 SAAT sebelum membelok baru nak bagi isyarat.

Agaknya, bulb dia macam kat atas rosak kot dan hanya akan beroperasi 1SAAT sebelum membelok. Macam-macam.

p/s: Sekiranya kita menghormati orang lain, Insyaallah orang lain akan menghormati anda juga. =)



0 Yang Rajin Menaip:

Post a Comment