Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

24.12.11

Meraikan Hari Keserabukan... =)


Hari Khamis, 15 Disember 2011 adalah hari yang serabut otak kepala & juga hari terakhir kelas sebelum final exam. Balik je kelas, family angkat ajak gi makan. Kira macam meraikan hari kebebasanku. Jom tengok kitorang pergi mana. =)


San Francisco Pizza, Bukit Jelutong. First time datang, pelayan-pelayan kedai yang sangat baik hati, 5 Bintang saya bagi. =)

Menu pizza yang ada disini. Kami memilih nombor 16 ataupun San Special.

Inilah San Special, sedap. Lain dari kedai pizza yang lain. Rasanya, roti tu dia buat sendiri. Memang best + ngan sos ala-ala kuah spaghetti. The Best!!!

Satu menu lagi tak sempat nak ambil gambar, menu Salmon. Disebabkan terlalu sedap, dengan kuah mustard memang la kamera pun dah tak nampak. Salmon dia memang terbaik lah. Kuah mustard dia memang kena sangat dengan Salmon tu. Nak lagi!!! Hehehe... =)

Hati: Akhir-akhir ni kerja makan jer, Terima Kasih Mak Cik & Pak Cik. =)

p/s: Sapa-sapa yang datang sini, saya sarankan sangat, cubalah salmon tu. Kalau tak silap, dia nombor 32 dalam menu. Sedap!! =)



Mohd Chan - Chinese Muslim Restaurant...


Pada entry yang lepas, Reward Myself, saya tunjuk apa yang saya makan. Kali ni saya nak tunjuk lak yang kawan-kawan saya makan pulak. Jom Jamu Mata... =)

Wantan Mee BBQ Ayam = RM5.50.

Hokkien Mee = RM 6.00.


Yang ni special sikit, saya tak pernah jumpa lagi kat mana-mana. Ayam Masak Telur Masin = RM 15.00. Sedap!! Lain dari yang lain.

p/s: Tempat ini sesuai tuk seisi keluarga, tak ada Government Tax tau. =)

Reward Myself... =)


Selepas bertungkus lumus dalam semester ini, time to reward myself. So, disebabkan dah lama teringin nak makan masakan cina, Mohd Chan- Chinese Muslim Restaurant jadi pilihan hati. Mari kita lihat menu-menu yang ada disini. =)


Nasi & Mee...

Ikan, Udang, Ketam & Daging...

Ayam, Sotong, Lala, Telur & Yam Ring. Yam Ring terbaik bagi saya, my favourite.

Sayur, Sup, Side Order (kentang goreng, wantan goreng, nurget & rojak buah), Pau dan dim sum, minuman serta jus.

Pilihan saya, Nasi Masak "Kong Boh" Ayam= RM 6.00, Best!!!

Tambah sayur sikit sebab saya suka sayur. Tak best makan nasi tak da sayur. Tauge Ikan Masin=RM 8.00. Best!!!


Licin Semuanya!!! Yang tinggal hanya tulang ayam, cili kering, bawang besar, pinggan n sudu...hehehe...

p/s: Sedap sangat, lepas ni nak pergi lagi. Kalau boleh nak cuba semua. =)

22.12.11

Perhatian Pemandu Kereta !!!


Pemandu Malaysia agak-agaknya kena khusus sekali lagi selepas mendapat lesen memandu, tidak kiralah motosikal mahupun kereta. Ini bagi memastikan mereka INGAT mengenai undang-undang jalan raya semula. Mungkin sudah lupa setelah sekian lama mendapat lesen. Antara yang banyak terjadi, ISYARAT MEMBELOK.



Menghormati pengguna yang lain adalah amat penting. Seperti kita menyewa rumah, setiap orang perlu membayar sewa tapi mungkin berbeza mengikut saiz bilik. Begitu juga kenderaan, setiap orang membayar cukai jalan, dan gunakanlah jalan tersebut dengan memikirkan jalan tersebut milik orang ramai, bukan seorang diri.

Mengikut undang-undang, 100 METER sebelum membelok, isyarat membelok perlu diberi supaya pemandu lain mengetahui kemana arah anda tuju. Tapi sekarang dah berbeza sikit, 1 SAAT sebelum membelok baru nak bagi isyarat.

Agaknya, bulb dia macam kat atas rosak kot dan hanya akan beroperasi 1SAAT sebelum membelok. Macam-macam.

p/s: Sekiranya kita menghormati orang lain, Insyaallah orang lain akan menghormati anda juga. =)



17.12.11

Birthday Celebration... =)


Kawan-kawan rumah saya betul-betul buat saya boleh dapat sakit jantung. Nasib tak da balingan telur busuk @ tepung. Kalau tidak, semput la. Walaupun simple tapi meriah juga la. Gambar tuk tatapan bersama. =)


Kek ni saya sorang je boleh makan. =)

Kek Batik dari kawan-kawan rumah.

Potong Kek.

Special, da gula-gula.

Dekorasi oleh kawan-kawan rumah.

p/s: Thank tuk semua kawan-kawan rumah. Jasa anda dikenang. =)

Altimet di UiTM Puncak Alam


Program pelajar dalam kos perkhidmatan pelanggan memang memerlukan pelajar berineraksi dengan pelbagai jenis orang, dari yang biasa-biasa kepadalah yang luar biasa. Termasuk jugalah dengan artis. Altimet hadir dalam program Kualiti vs Populariti.

Khusyuk beliau mendengar penerangan oleh sorang lagi penceramah.

Mungkin beliau dapat kesan ada ramai yang ngah tangkap gambarnya. =)

Memberikan penerangan yang penuh semangat.

Penuh dengan informasi.

Bersama-sama ahli panel yang lain.

Berdiskusi ketika waktu rehat.


p/s: Suka tengok artis yang sentiasa merendah diri. =)

Pulut Durian


Memandangkan sekarang ni musim durian, jadi buat lah sesuatu yang mengingatkan kepada rumah. Kalau kat umah, mak masak & sekarang kat umah bujang saya pulak la yang masak. Rindu masakan mak. Apa-apa pun jom tengok cara orang Langkawi makan pulut durian.


Siap terhidang, menunggu kawan-kawan datang untuk makan.

Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan tuk jadi PULUT DURIAN.

Dah siap terhidang, time makan la pulak.

Disebabkan kawan-kawan saya tak pernah makan pulut durian cara orang Kedah @ Langkawi ni, jadi saya pun berkongsi la dengan semua. Selamat Makan. =)

p/s: Terima Kasih Mak & Ayah angkat, datang jauh2 untuk hantar durian. =)