Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

2.2.13

Kenapa Kereta Selalu Rosak???

Disebabkan saya sekarang bekerja dengan syarikat automotif, jadi saya nak la kongsi sedikit sebanyak mengenai kereta.  Tujuannya supaya kita lebih kenal kereta dengan lebih dekat.  Selalunya lelaki yang banyak tahu pasal kereta tapi INGAT! bukan semua pengetahuan itu sama dengan apa yang sebenarnya ada pada kereta. Nak tahu kenapa??? Jom kita rungkaikan bersama-sama.

Antara sebab-sebabnya adalah.... :

1)  Pengeluar kereta lebih tahu ciri-ciri kereta sebenar seperti mana ALLAH sangat mengetahui setiap maklukNYA kerana DIA yang menciptakan segalaNYA.



2)  Setiap kereta mempunyai ciri masing-masing walaupun dari model dan keluaran yang sama.  Ini sama seperti manusia.  Walaupun kembar seiras, belum tentu ciri-ciri pada tubuh badan mahupun perangai setiap seorang dari mereka adalah sama.




3)  Sikap pengguna itu sendiri.  Contohnya, ada sedikit bunyi dari enjin.  Ada pengguna yang berpendapat bunyi itu adalah biasa apabila enjin beroperasi tapi ada sesetengah pengguna menganggap itu luar biasa.  Begitu juga dari segi pengeluar, pengeluar mengatakan bunyi adalah normal tapi pengguna tidak berpuas hati.   Macam jerawat di muka, ada orang boleh terima kenyataan kewujudan jerawat tapi bagi orang lain tidak.



4)  Sikap pengedar.  Ada sesetengah pengedar tidak menjaga kereta yang dibeli pelanggan dengan sebaiknya.  Sebagai contoh, stok kereta di letakkan di tengah panas dan berhujan hampir setiap hari.  Keadaan kereta boleh terjejas disebabkan hal ini.  Ada juga di antara penjual kereta hanya mengutamakan jumlah kereta yang dijual semata-mata tanpa memikirkan hak pengguna.


*p/s:  Info diatas adalah dari segi pemerhatian penulis sahaja.  Terima kasih. =)

0 Yang Rajin Menaip:

Post a Comment