Click & See...

Menarik

30.9.11

Steamboat Tom Yam


Hujung minggu bersama teman-teman rumah sedikit sebanyak mencetuskan idea untuk memasak. Jadi, saya pun mencari masakan yang mudah disediakan serta kenyang. Akhirnya dapat la makanan kat atas tu. Nak masak memang cepat, tapi nak siap barang-barang agak pening sikit sebab fikirkan kos serta yang sedap dan berkhasiat. Dan yang paling penting semuanya barangan yang halal. Jom jamu mata yer.


Ok, ini antara barang-barang yang saya sediakan:
  • udang segar
  • ayam segar
  • lobak merah
  • kangkung
  • bebola udang
  • bebola udang+sotong
  • kubis cina
  • anak jagung
  • jejari ketam
  • keow teow
  • bihun
  • bunga kubis
  • sosej

Setelah dicampur, inilah rupanya. Untuk kuah tom yam tu saya pakai 2 kiub ayam + 2 pes tom yam. Untuk sesi ke-2, saya cuba pakai kiub tom yam tapi rasa dia tak berapa sedap macam pakai pes.

Hati: Pas ni ingat nak masak sushi lak. Itupun klu rajin ler...heee... =)

0 Yang Rajin Menaip:

Post a Comment