Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

30.9.11

Mesej Buah Hati


Perempuan : 2 malam lepas saya mesej awak, napa awak tak balas? Saya tunggu sampai pagi tau, tunggu awak balas saya.

Lelaki : Maaf awak, saya letih sikit malam tu. Kerja banyak.

Perempuan : Banyak sangat ker kerja awak sampai nak balas mesej saya pun tak boleh?

Lelaki : Banyak la jugak, lepas habis buat kerja terus saya tertido. Tak sempat nak tengok handphone.

Perempuan : Yela tu, saya tau la saya tak da dekat awak, awak boleh jer nak tipu saya.

Lelaki : Awak, betul saya buat kerja. Semalam lepas habis kerja dekat office kul 5.30 ptg, saya pergi pasaraya, buat part time kat sana sampai pukul 12.30mlm. Lepas balik, saya solat. Saya doakan dimurahkan rezeki saya, semoga saya cepat dapat masuk meminang awak. Lepas tu, saya terus tertidur, makan pun tak sempat.

Perempuan : Tipu la tu. Saja ja kan cipta alasan supaya saya kesian kat awak.

Lelaki : Ikut awak la nak percaya atau tidak. Awak boleh ikut saya kalau awak mahu. Tapi saya nak awak tahu satu perkara, sejauh mana saya pergi, selama mana saya tak hubungi awak, ketahuilah saya setia pada awak & saya sayang awak seorang.

Perempuan : Awak betul-betul ke ni?

Lelaki : Kalau awak rasa tak betul, awak datang la tengok saya dekat hospital.

Perempuan : Hospital???

Lelaki : Ye, saya di hospital. Saya dimasukkan di wad selepas saya pengsan di pasar raya, tak cukup tidur & badan saya sangat lemah.

Perempuan : Awak...Saya tak berniat nak sakitkan hati awak. Maafkan saya.


p/s: Selidik & tanya lebih baik dari menuduh. Semoga mereka berbahagia. =)

0 Yang Rajin Menaip:

Post a Comment