Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

13.11.11

Ketupat Palas

Sekarang ni semua orang masih dalam mood raya, jadi saya nak kongsi la sedikit makanan tradisional ataupun hidangan wajib ketika raya. Tidak kiralah raya haji mahupun raya puasa. Zaman sekarang ni ramai anak muda yang kurang tahu untuk membuatnya. Jom kita belajar buat untuk dijadikan ilmu kita bersama. =)


Mula-mula kena la cari daun palas ni. Kalau kawasan kampung senang nak cari tapi kalau sesiapa yang tinggal di pekan mungkin susah la sikit tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih.


Daun palas tersebut akan dibuka dan dibuat seperti ini supaya mudah untuk meletakkan pulut nanti. Nak buka daun palas kena berhati-hati dan lemah lembut sedikit kerana daunnya mudah koyak.


Bagi pulut yang ingin diisikan kedalam daun palas pula, ada perlbagai jenis resepi ada pada masa kini. Ada yang masukkan pulut mentah dan direbus dengan santan. Ada juga yang buat seperti diatas. Beras Pulut dan santan dimasak bersama-sama sehingga sebati dan separuh masak sahaja.


Ketupat palas diatas ini kalau di Kedah disebut Ketupat Jantan kerana dua sisinya pendek dan satu sisi di bawah panjang sedikit.


Ini pulak ketupat palas betina kerana setiap sisi pada daun palas ini adalah sama besar jer.


Ini adalah gambar setelah pulut dimasukkan ke dalam daun palas. Ketupat ni dah siap untuk direbus dengan air biasa. Tapi bagi sesiapa yang minat makanan yang berlemak, bolehlah merebus ketupat ni dengan kepala santan atau santan pekat.

p/s: Makan dengan rendang@kari daging@sambal ayam memang sedap. =)

12.10.11

Statistik Carian


Ngah boring-boring tak tau nak buat apa, so belek2 la kat nuffnang apa cerita terbaru. Usha2 kat carian, dapatlah keputusan kat bawah ni.


Minat betul orang nak cari bata upanya. hehehe.

Hati: Pas ni kena jadi arkitek kejap...hehehe... =)

Masalah Astro


Ramai pengguna Astro yang mengalami masalah ketika hujan turun, dimana tiada siaran atau siaran terganggu. Bermacam-macam jalan penyelesaian yang telah di lakukan pengguna mahupun syarikat Astro itu sendiri. Antara jalan penyelesaian yang telah dicari oleh pengguna Astro, adalah seperti di bawah.....




p/s: Boleh mencuba tapi kesan nya tidak pasti elok atau tidak... =)

Soup Buntut...

Amacam dengar nama ni? Ada rasa nak makan tak? Sup ni hanya boleh terdapat di Jakarta, Indonesia. Mungkin tidak boleh masuk Malaysia dengan menggunakan nama ini. Jom2...




p/s: Jangan risau, hanya di Jakarta yer... =)

Perhatian Kepada Pemandu LELAKI...!!!


p/s: Sentiasalah ingat papan tanda ini wahai kaum lelaki... =)