Click & See...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Menarik

13.11.11

Daging Salai Ala Korea

Nama masakan ni macam best la pulakkan. Sebenarnya tak tau nak bagi nama apa. Selalu jer tengok dalam cerita korea @ Jepun tentang makanan ni. Tapi agak berbeza la sedikit berbanding yang ini kerana ini adalah hak cipta terpelihara saya. Hehehe... =)


Raya Haji banyak daging yang lebih, family dah tahu nak buat apa. Jadi saya pun mereka la resepi sendiri. Daging diatas diperap terlebih dahulu selama sehari supaya sedap rasanya bila makan. Kalau nak potong besar-besar pun boleh, ikut citarasa masing-masing. Bakar dalam kuali macam kat atas pun boleh.


Inilah rupa daging yang telah dibakar. Daging yang dibakar biarlah tidak terlalu lama. Ini kerana daging akan menjadi keras dan liat ketika makan.


Daging tadi akan dimakan bersama-sama sambal ini. Buat macam sambal belacan tapi tambah tomato. Sambal ni tak kisah macam mana pun, boleh buat ikut citarasa masing-masing. Nak buat sambal hitam pun boleh.


Ini salad yang akan dimakan bersama-sama daging dan sambal tadi. Salad kalau dibeli di pasar basah mungkin sedikit pahit jika dimakan. Tapi salad yang lemak dan sedap boleh didapati di peti sejuk dipasar raya besar yang telah dipek didalam bekas plastik.


Ini adalah cara memakannya. Salad tadi dijadikan lapik, daging dan sambal di atasnya.


Kemudian, gulung salad tadi dan masukkan ke dalam mulut. Erm, sedapnya. Kalau nak makan ni, kena buka mulut luas-luas sikit, kalau tidak tak dapat la daging dan bahan-bahan lain masuk mulut.

p/s: Makanan akan membuatkan kita kenyang dengan cepat, jadi jemput la ramai-ramai makan. =)

0 Yang Rajin Menaip:

Post a Comment