Sekarang ni semua orang masih dalam mood raya, jadi saya nak kongsi la sedikit makanan tradisional ataupun hidangan wajib ketika raya. Tidak kiralah raya haji mahupun raya puasa. Zaman sekarang ni ramai anak muda yang kurang tahu untuk membuatnya. Jom kita belajar buat untuk dijadikan ilmu kita bersama. =)
Daun palas tersebut akan dibuka dan dibuat seperti ini supaya mudah untuk meletakkan pulut nanti. Nak buka daun palas kena berhati-hati dan lemah lembut sedikit kerana daunnya mudah koyak.
Bagi pulut yang ingin diisikan kedalam daun palas pula, ada perlbagai jenis resepi ada pada masa kini. Ada yang masukkan pulut mentah dan direbus dengan santan. Ada juga yang buat seperti diatas. Beras Pulut dan santan dimasak bersama-sama sehingga sebati dan separuh masak sahaja.
Ketupat palas diatas ini kalau di Kedah disebut Ketupat Jantan kerana dua sisinya pendek dan satu sisi di bawah panjang sedikit.
Ini adalah gambar setelah pulut dimasukkan ke dalam daun palas. Ketupat ni dah siap untuk direbus dengan air biasa. Tapi bagi sesiapa yang minat makanan yang berlemak, bolehlah merebus ketupat ni dengan kepala santan atau santan pekat.
p/s: Makan dengan rendang@kari daging@sambal ayam memang sedap. =)
0 Yang Rajin Menaip:
Post a Comment