Nama masakan ni macam best la pulakkan. Sebenarnya tak tau nak bagi nama apa. Selalu jer tengok dalam cerita korea @ Jepun tentang makanan ni. Tapi agak berbeza la sedikit berbanding yang ini kerana ini adalah hak cipta terpelihara saya. Hehehe... =)
Inilah rupa daging yang telah dibakar. Daging yang dibakar biarlah tidak terlalu lama. Ini kerana daging akan menjadi keras dan liat ketika makan.
Daging tadi akan dimakan bersama-sama sambal ini. Buat macam sambal belacan tapi tambah tomato. Sambal ni tak kisah macam mana pun, boleh buat ikut citarasa masing-masing. Nak buat sambal hitam pun boleh.
Ini salad yang akan dimakan bersama-sama daging dan sambal tadi. Salad kalau dibeli di pasar basah mungkin sedikit pahit jika dimakan. Tapi salad yang lemak dan sedap boleh didapati di peti sejuk dipasar raya besar yang telah dipek didalam bekas plastik.
Kemudian, gulung salad tadi dan masukkan ke dalam mulut. Erm, sedapnya. Kalau nak makan ni, kena buka mulut luas-luas sikit, kalau tidak tak dapat la daging dan bahan-bahan lain masuk mulut.
p/s: Makanan akan membuatkan kita kenyang dengan cepat, jadi jemput la ramai-ramai makan. =)
0 Yang Rajin Menaip:
Post a Comment